BERSIH 5: INI PENDIRIAN PAS

SHAH ALAM – Pas semalam menyenaraikan pendirian berhubung himpunan aman Bersih 5 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan menerusi Facebooknya memberikan beberapa sebab atau punca tentang pengecualian penglibatan Pas dalam himpunan terbabit.

Menurut Nasruddin, Pas mengambil pendekatan tersendiri dalam memperjuangkan pendekatan kepada pilihan raya yang telus.

“Pas sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada beberapa aktiviti besar yang telah diatur seperti Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Fastaqim 2.0.

“Pas juga tidak mahu terjebak dengan politik konfrontasi yang mencetus kekasaran, pergaduhan dan menyusahkan rakyat,” katanya dalam sebuah paparan skrin yang dikongsikan menerusi Facebooknya, semalam.

Nasruddin menambah, pihaknya juga sedang giat membantu pihak Kongres Rakyat mengadakan jelajah ke seluruh negara sebelum Kongres Rakyat 2.0 diadakan pada tahun hadapan.

SINAR HARIAN

.