Bersih 5 Diadakan 19 Nov

PETALING JAYA – Perhimpunan Bersih 5 dijangka diadakan pada Sabtu, 19 November depan.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perkara itu pada sidang media, Rabu.

Beliau berkata, kumpulan tersebut kekal dengan tuntutannya antara lain supaya pilihan raya bebas dan adil.

Menurut Maria, Bersih juga akan melancarkan konvoi di seluruh negara bagi memupuk kesedaran mengenainya pada 1 Oktober ini.
“Acara kemuncaknya adalah himpunan yang diadakan pada November,” katanya. – Mstar