SHAH ALAM – Tindakan penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan mereka ditaja oleh Open Society Institute, didakwa berkait dengan National Endowment of Democracy (NED) kerana mempunyai tujuan yang sama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pembiayaan Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini oleh pihak asing mempunyai kaitan kuat dengan dana daripada hartawan George Soros.

“Kita tidak boleh mengelak kepentingan campur tangan asing kerana ia pasti akan merugikan negara dan sewajarnya yang terlibat percaturan ini digelar tali barut bangsa asing.

“Semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan, sanggup menggadaikan negara,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, maklumat mendakwa Soros membiayai Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini perlu disiasat.