BERSATU TIDAK PERNAH MINTA KERUSI DAP

SHAH ALAM – Isu pembahagian kerusi pada PRU14 antara DAP dan Bersatu tidak pernah berbangkit meskipun PKR menyatakan kesudian untuk berunding dengan parti itu.

“Soal kerusi tidak berbangkit sama sekali.

“Tiada permintaan daripada Bersatu dalam hal ini,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesudian parti itu melakukan perkara sama seperti dinyatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kelmarin.

SINAR HARIAN

.