BERSATU KUKUHKAN PAKATAN HARAPAN PRU14: ANWAR

SHAH ALAM – Kemasukan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan akan mengukuhkan kekuatan pembangkang bagi menggantikan BN dalam PRU14.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hanya sedikit lonjakan sokongan kepada Pakatan Harapan yang diperlukan untuk menukar kerajaan.

“Saya yakin, Insya-ALLAH, ini dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Ini termasuk skandal seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi Bumiputera seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai pengkhianatan kepada bangsa dan negara,” katanya.

Anwar berkata, Pakatan Harapan kini perlu segerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak lain serta mantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.

Bersatu pada Selasa mengumumkan penyertaan dalam Pakatan Harapan dan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan beberapa pembaharuan patut dibuat dalam gabungan parti pembangkang itu.

– SH

.