BERSATU JUMPA PAS DALAM MASA TERDEKAT BINCANG KERJASAMA

PAS kini bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU), kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, persetujuan itu bagi membincangkan soal kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Berita baik bahawa PAS telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perbincangan dengan kita (BERSATU), tarikh juga telah ditetapkan dan itu bagi bagi kami satu langkah kehadapan.

“Ada beberapa pimpinan mereka yang telah diberikan amanah dan akan disusuli dengan peringkat kepimpinan tertinggi.,’ kata Muhyiddin pada sidang media BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan juga menjemput BERSATU untuk menyertai mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang itu.

“HARAPAN pula telah menyatakan jemputan untuk kita hadir dalam mesyuarat pimpinan mereka dalam tempoh beberapa hari kehadapan dan di situ kita dapat mengorak langkah bagaimana bentuk kerjasama yang sesuai yang boleh kita jalinkan.

“Kita juga pada masa itu nak mabil kesempatan untuk memulakan proses rundingan untuk meletakkan kerusi yang mungkin boleh dijadikan kerusi BERSATU,” kata Muhyiddin.

MKINI

.