BERSATU BAHAGIAN BATU GAJAH UMUM BUBAR

BATU GAJAH – Bersatu Perak terus berhadapan masalah apabila Bersatu Bahagian Batu Gajah mengumumkan pembubaran mereka hari ini.

Pembubaran itu turut disertai 18 ahli jawatankuasa bahagian dan juga hampir 1,000 ahli bahagian berkenaan.

Perkara itu diumumkan sendiri Ketua Bahagian Bersatu Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan yang turut meletakkan jawatan disebabkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Bersatu Negeri.

Menurutnya, banyak perkara yang berubah sejak bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman disingkirkan dari menerajui Bersatu Perak.

“Pelantikan Pengerusi Bersatu Perak hanyalah semata-mata merupakan ‘orang Mukhriz’ benar-benar membuka mata kami.

“Ketiadaan pengalaman, selain hubungan yang sangat terbatas membuatkan Bersatu Perak seperti anak ayam kehilangan ibunya,” katanya ketika sidang media di Pejabat Bersatu Batu Gajah sebentar tadi.

Selain bahagian Batu Gajah, sebelum ini Bersatu Bahagian Kuala Kangsar dan Parit turut berbuat demikian.

– Sinar Harian

.