BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA MESTI PECAHKAN PEKONG DEDAHAN MAHATHIR

Berita Harian dan Utusan Malaysia mestilah sanggup  untuk menyiarkan “pekong” di kalangan  kerajaan yang akan didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir  sebagai tindak balas terhadap dua akhbar itu yang membongkar gaya hidup mewah cucu perempuannya.
Mahathir telah memberi amaran akan berbuat demikian kerana “dalam politik memburukkan orang lain menjadi strategi,”katanya

Jika BH dan UM  berani membuat pendedahan tetapi tidak sanggup  menyiarkan keburukan yang  akan didedahkan  oleh Tun maka ini akan memburukkan lagi imej kedua akhbar perdana itu yang pengedaran mereka  semakin parah menjunam sekarang.

Laporan yang bertujuan merosakkan imej Mahathir itu berpunca dari kedua akhbar itu  dan jika tindak balasnya  tak disiarkan mereka maka akan menelanjangi  ketidakadilan pemberitaan, kecemaran kredibiliti dan benar-benar  menjadi akhbar porpaganda murahan  yang tidak profesional.

Mahathir diketahui umum sebagai seorang ahli politik yang sanggup pergi kepada langkah serendah-rendahnya dalam menjatuhkan lawannya.

Beliau dipercayai menyimpan banyak  cerita-cerita menarik tentang menteri-menteri di bawahnnya terutama yang melibatkan peribadi  yang hanya menunggu saat sesuai  untuk didedahkannya.
“Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga,” kata Mahathir semasa sidang akhbar di pejabat Pakatan Harapan (HARAPAN) di parlimen hari ini.
Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.
Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam berkata tidak ada semua pihak juga mahu tahu sumber kekayaan keluarga bekas perdana menteri itu.

– http://zamkata.blogspot.my

.