BERHENTI JURURAWAT, GADIS PADAM API HANGAT DI INTERNET

SEREMBAN – Minatnya terhadap cabaran dan aksi lasak mendorong seorang jururawat berhenti kerja dan menyertai pasukan bomba.

Nor Maisarah Ibrahim berkhidmat di sebuah hospital swasta sebelum mengikuti latihan sebagai anggota bomba di Wakaf Tapai, Terengganu.

Gadis itu terkejut fotonya mengangkat hos air ketika memadam kebakaran pasar besar Seremban pada Sabtu,  menular di media sosial, lapor Harian Metro.

“Dalam tugasan kami, tidak ada diskriminasi jantina,” katanya gadis berusia 27 tahun yang dipindah ke Seremban sejak Mei lalu.

“Dalam keadaan genting, kami perlu menjalankan tugas tanpa melihat sama ada wanita atau lelaki.”

Aksi rakan setugasnya Siti Norhaliza Zakaria, 19, turut dirakam bertungkus lumus memadam kebakaran.

Mereka turut mengangkat hos air dan mengendali peralatan berat ketika operasi pemadaman pada Sabtu lalu.

– Malay Mail

.