BERANIKAH NAZRI?

Antara petikan daripada tulisan terbaru Tun Mahathir dalam blognya yang bertajuk Nazri Aziz ialah:-

“Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.

“Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.

“Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.

“Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.”

Hakikatnya inilah peluang terbaik Nazri untuk menunjukkan keberanian dan kejantanannya setelah dituduh penakut, pengecut dan pondan berikutan keengganannya menyahut cabaran Tun Mahathir untuk bertanding di Langkawi sebelum ini.

Ahhh…beranikah Nazri? (ShahbudinHusin

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

,