BEKAS KETUA HAKIM SYARIE, WANITA SETUJU SELESAI SAMAN SEKS

Kisah hubungan seks dan cinta yang didakwa antara seorang bekas ketua hakim syarie dan seorang janda mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pengamal perundangan, terutama di Jabatan Kehakiman Syariah.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diselesaikan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 7 Disember lalu dengan wanita berkenaan memohon maaf.

Ini susulan saman fitnah yang difailkan oleh bekas ketua hakim syarie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan, 54, terhadap Yuhasni Mohd Yussof, 38, pada Oktober tahun ini.

“Saya mengaku bahawa kenyataan tersebut telah menyebabkan rasa malu dan keresahan kepada plaintif.

“Saya mengaku bahawa saya membuat kenyataan tersebut tanpa berfikir tanpa berfikir panjang,” kata Yuhasni  dalam penghakiman persetujuan.

Beliau juga memohon maaf tanpa apa-apa syarat kesal atas kesengsaraan mental dan syak wasangka susulan kenyataan itu.

Wanita yang mempunyai lima orang anak itu, sebelum ini membuat aduan kepada Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut.

Ketua Jabatan Kehakiman Syariah menerajui bahagian kehakiman syariah di semua negeri di negara ini.

Aduan wanita itu ke atas Abdul Walid menyaksikan ketua hakim syarie Pulau Pinang itu dipindahkan dalam masa 24 jam. Semua ini terkandung dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Wanita itu turut membuat akuan bersumpah yang menghuraikan secara terperinci segala yang berlaku antaranya dengan ketua hakim itu di sebuah hotel.

Juga dalam pembelaannya dalam saman itu, beliau mendakwa Abdul Walid menghubunginya melalui Facebook pada Februari tahun ini di mana mereka berbual secara intim dan beliau kemudian memberi nombor telefonnya.

Selepas memberikan nombor itu, kedua-dua mereka dikatakan meneruskan perbualan melalui mesej teks dan ini membawa kepada pertemuan di sebuah hotel di mana ketua hakim itu didakwa menempah sebuah bilik di hotel tersebut yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, pada bulan Mac lalu.

Dalam pembelaan dan akuan bersumpah itu, wanita berkenaan mendakwa bahawa ketika memasuki bilik hotel dia melihat hakim itu hanya bertuala tetapi memakai baju.

Di bilik itu, dia mendakwa lelaki berkenaan membuat langkah pertama dengan menolaknya ke tempat tidur ketika dia cuba menepis dan menghalangnya tetapi gagal. Yuhasni berkata, dirinya tewas dan akhirnya, pasrah dengan apa yang berlaku.

“Selanjutnya plaintif membuka tuala yang dipakainya, membuka bajunya dan kemudiannya membuka satu persatu pakaian defendan termasuk coli dan seluar dalam.

“Selepas puas mencium pipi, mulut dan muka defendan, plaintif kemudiannya mengambil pelincir KY Jelly yang dibawa sendiri, lantas melumurnya pada kemaluan defendan,” petik pernyataan pembelaan itu.

Dia berkata, Abdul Walid kemudiannya dengan penuh rakus dan bertenaga melakukan hubungan seks dan melepaskan air mani di kemaluannya.

Yuhasni juga mengakui bahawa mereka mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali.

“Namun pada kali ke-3, tiada apa-apa air mani yang dipancutkan,” katanya.

Selepas itu, Yuhasni mendakwa ketua hakim itu meninggalkan bilik berkenaan dan keesokan harinya dia pula berbuat demikian dan diberitahu oleh kakitangan hotel bahawa bilik itu telah dibayar oleh ketua hakim tersebut.

Mereka terus saling berhubungan dan dikatakan menjadi semakin mesra.

Bagaimanapun, sebulan selepas itu, Yuhasni mendakwa bahawa hubungan mereka menjadi dingin tak tidak semesra dahulu.

Wanita itu juga mengemukakan ‘screenshot’ perbualannya dengan ketua hakim itu yang dikatakan sebagai bukti dalam pembelaannya dan mendakwa telah bertemu Ibrahim pada pertengahan tahun ini, selepas menelefon pejabatnya dan mengadu mengenai perkara itu.

– M’kini

.