BEKAS GABENOR TIDAK PERCAYA BANK NEGARA RUGI RM9 BILION, KATA SAKSI

BEKAS gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Jaafar Hussein meluahkan rasa tidak percayanya semasa mula-mula diberitahu mengenai “kerugian besar” yang berjumlah kira-kira RM9 bilion dialami bank pusat, kata bekas juruaudit kontrak kepada panel siasatan yang menyiasat kerugian BNM akibat urus niaga forex pada 1990-an.

Dengan kebimbangan itu, Jaafar kemudian mendapatkan pandangan kedua berhubung akaun bank pusat, yang kembali kepadanya dengan jumlah kerugian yang sama, saksi Lee Siew Kuan memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini.

Lee, 85, diambil sebagai pegawai kontrak oleh timbalan gabenor Lin See Yian dan “ditugaskan semata-mata untuk membersihkan skandal” melibatkan kira-kira 20 koperasi pada awal tahun 1987.

Beliau bersara setahun kemudian sebagai pengarah audit, juga dikenali sebagai penolong ketua audit negara, di pejabat Ketua Audit Negara Kuala Lumpur.

Sebagai pegawai kontrak, Lee hanya berurusan dengan Lin dan Jaafar. Kontrak Lee dengan bank pusat berakhir pada 1993.

Lee berkata beliau bukan kakitangan tetap BNM dan tidak menerima laporan mengenai kerugian forex, dan tidak menghadiri mana-mana mesyuarat bank pusat.

Kebanyakan kesaksiannya hari ini tidak jelas mengenai tarikh dan nama. Lee tidak dapat memberikan tahun Jaafar diberitahu mengenai kerugian itu, tetapi masih ingat bagaimana reaksi yang diterima.

“Saya tidak ingat tahun berapa, tetapi Jaafar meminta saya melihat akaun BNM.

“Selepas itu saya menyemak dengan Jabatan Akaun, dan diberitahu oleh akauntan, yang namanya saya tidak ingat, yang memaklumkan kepada saya terdapat kerugian besar yang dialami BNM dalam urus niaga forex,” kata Lee.

“Dengan segera, saya memaklumkan kepada gabenor tentang kerugian besar itu.”

Lee berkata Jaafar “terkejut” dan “tidak percaya” kepadanya dan berkata “tidak mungkin kerugian sebanyak itu”.

Beliau memberitahu hanya melaporkan perkara itu kepada Jaafar, “supaya beliau dapat melakukan sesuatu mengenainya”.

Jaafar meminta Lee agar “melihat semula” semua akaun itu.

“Selepas melihat semua akaun itu, saya berjumpa dan memberitahu (Lin) mengenai kerugian besar yang dialami BNM dalam urus niaga forex berjumlah kira-kira RM8 hingga 9 bilion,” kata Lee.

Mereka berdua kemudian bertemu Jaafar untuk memberi taklimat ringkas, yang kemudiannya “menerima kerugian” itu.

“Jaafar tidak berkata apa-apa dan kelihatan bimbang dan terkejut.

“Ia betul kira-kira RM9 bilion? Gabenor berkata, ‘Bolehkah anda membantu saya?’ Saya berkata, ‘kenapa?’.

“Beliau memberitahu saya, ‘Sila maklumkan kepada Ketua Audit (kerugian) itu,” tambah Lee.

“Jadi, saya pergi ke sana dan bertemu ketua audit negara (Ishak Tadin) dan memberitahunya, ‘Saya fikir kita mengalami kerugian besar dalam BNM. Dan fikir ia adalah kira-kira RM9 bilion. Gabenor meminta saya bertemu dan memberitahu anda. Untuk menyelamatkan reputasi Malaysia. Menyelamatkan negara.”

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.