BEKAS AHLI BERSATU DIDAKWA TAWAR WANG KEPADA PEMIMPIN PEMUDA

PEMIMPIN Pemuda Bersatu mendakwa ditawarkan wang dan peluang pekerjaan oleh bekas ahli untuk meninggalkan parti itu, dakwa seorang ketua cawangan parti itu hari ini.

Ketua Pemuda Bersatu Ampang Anas Akasiah mendakwa tawaran itu dibuat menerusi Facebook Messenger oleh bekas ketua Pemuda Bersatu Klang Mohamed Khairol Faizal Mohd Nordin.

Katanya, Khairol Faizal mendekatinya dan ketua Pemuda Sabak Bernam Sufi Yusof dengan tawaran itu.

“Terdapat bukti Khairol Faizal menawarkan wang dan kerja untuk saya memburukkan Bersatu,” kata Anas pada satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu hari ini.

Saufi berkata Khairol Faizal menawarkannya jawatan dalam kerajaan, sebagai pertukaran untuknya mengadakan sidang media bagi memburukkan Bersatu.

“Saya terima mesej itu pada Januari lalu. Dia mengajak saya meninggalkan parti dan mengadakan sidang media.

“Dia tawarkan saya untuk mengetuai satu program yang dianjurkan oleh kerajaan.”

Minggu lalu, Khairool Faizal dan ahli parti itu Juliana Mansor membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), mendakwa parti itu melanggar perlembagaannya.

Ketua Pemuda Klang Dr Faiz Na’aman berkata Khairol Faizal meletakkan jawatan pada November lalu dan Juliana dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Khairol meletakkan jawatan sebagai ketua (Pemuda) cawangan pada November. Juliana dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.”

Peguam Bersatu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, parti itu tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau melaporkan kepada polis bberhubung perkara itu.

“Tiada keperluan untuk membuat laporan polis. Pihak berkenaan akan lakukannya jika ia perlu,” katanya hari ini.

Katanya, dakwaan Khairol Faizal terhadap Bersatu “tidak berasas”, dan pimpinan parti aka mengadakan satu sidang media untuk membangkitkan isu berkaitan RoS.

Khairol Faizal menafikan menawarkan rasuah, dan berkata laporan polsi sudah dibuat berhubung perkara itu.

“Ini adalah fitnah, saya sudah membuat laporan polis. Kita tunggu siasatan pihak polis,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Khairol Faizal dan Juliana mendakwa bahagian Klang tidak mengadakan mesyuarat sayap Pemuda dan Srikandi tahun lalu berikutan mesyuarat agung Bersatu yang diadakan pada Disember.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.