BEGITU MUDAH NAJIB PERCAYA CHINA KAYA UNTUNGKAN MALAYSIA

Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib terhadap keuntungan warga asing tinggal di negara kita (lihat Utusan Malaysia muka 2, 21 Januari 2017) adalah begitu mudah dan amat mengerikan.

Katanya,dakwaan Mahathir kerajaan Johor dan Malaysia nak bagi kewarganegaraan kepada pelabur China berhubung dengan penjualan tanah kepada pelabur China adalah palsu dan fitnah.

“Mereka kaya,ekonomi terbesar dunia,mereka tidak ada hajat pun nak jadi warga negara Malaysia”

Katanya ” Mereka akan membelanjakan duit di Malaysia.Mereka membina keluarga,datang tiga atau empat bulan di negara ini,jadi siapa yang untung?.Kitalah yang untung kerana mendapat pendapatan lebih,kita gunakanlah duit itu untuk mengecat flat contohnya”

Harus diingatkan yang akan menyusuli kedatangan orang-orang kaya China bukan orang kaya.Mereka hanya akan jadi jambatan rangkaian kedatangan berbagai tenaga kerja China yang profesional dan bukan profesional, yang tidak kaya yang condong untuk mencari ruang menetap di negara ini.

Ini akan dimudahkan oleh suasana kesuburan rasuah,kepentingan politik dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.Apakah ini tidak dapat dibaca oleh Najib.

Saya sendiri menyaksikan permulaan proses kedatangan orang-orang India yang kaya dari Uganda ke London dalam tahun 1975 dengan membawa harta dan wang yang banyak setelah dihalau oleh Idi Amin. Mereka datang dengan teriakan “The Queen is My Mother”

Arus imigrasi ini begitu hebat dan longgar hingga membangkitkan nasionalisme British tetapi kerajaan British terpaksa menerima kerana mereka adalah warga negara Commonwealth dan demokrasi British bagitu luas dan liberal dengan sifat kemanusiaan yang tinggi

Akhirnya apa yang terjadi pada Britain?

Orang India generasi pertama dari Uganda ini setelah diberi peluang menetap di Britain telah membawa saudara mara mereka yang lain dari India yang menurut dakwaan mereka adalah hak mereka.Akhirnya mereka menguasai beberapa bandar besar di Britian. London bukan lagi London yang dahulu, tanpa peradaban Inggeris. London adalah dipunyai oleh warga negara asing dari berbagai negara.Orang Inggeris lari tinggal di daerah yang jauh dari bandar.

Orang India pandai menggunakan kesempatan Britain sebagai negara kebajikan untuk mengambil apa sahaja yang dinikmti oleh orang Inggeris sendiri malah ada yang cuba mengajar saya bagaimana untuk mendapat bekalan letrik dan air percuma.

Tidak benar kepercayaan Najib bahawa orang China dari China tidak berhasrat untuk menjadi warga negara Malaysia atau menetap terus di Malaysia. Bukan seluruh negara Cina makmur,malah masih ada banyak wilayah yang penduduknya sekadarkan makan bubur dengan ikan kering sahaja.

Keadaan di bandar-bandar besar Cina tidak menggambarkan keseluruhan keadaan ekonomi negara China. Tanyalah orang China atau mereka yang bekerja di China.Tidak seperti di Malaysia rakyat pada keseluruhannya cukup makan dan pakai di pekan dan di bandar.

Pastinya kedatangan orang China kaya dari China akan disusuli kemudiannya dengan kedatangan orang miskin dari China secara haram atau halal seperti sekarang termasuk pelacur. Sekali mereka berada di negara ini mereka tidak lagi mahu kembali ke China sekalipun yang bekerja sebagai pembantu kedai(seperti yang banyak terdapat di Singapura).

Mamandangkan amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan kita terutama di jabatan imigrasi dan kastam dan lain-lain yang berkait dengan keselamatan negara maka tidaklah mustahil proses untuk warga asing menetap lama disini,mendapat permastautin tetap, memiliki kad pengenalan Malaysia dan sebagainya akan berlaku secara rampang dan mudah.

Najib seolah-olah tidak nampak akan bahaya ini dan percaya penuh orang China adalah orang yang ikhlas,mereka akan balik ke China. Ramai orang Kaya China juga yang mahu tinggal menetap di negara ini kerana kemajuan sosial dan ekonominya yang mantap yang menjanjikan masa depan yang stabil.

Saya mahu memberikan suatu lagi contoh:Lihat apa sahaja yang berlaku di kawasan Jalan Masjid India dan juga Jalan Melayu Kuala Lumpur. Tidak sahaja orang Melayu tersingkir dari kawasan ini tetapi juga peniaga-peniaga China. Restoran-restoran terkemuka Melayu sudah tidak ada kecuali gerai-gerai makan Melayu kecil-kecilan kerana telah dikuasai oleh orang India.

Disebalik kejayaan orang India menghalau orang Melayu dari kawasan ini dengan berbagai -bagai perniagaan yang tersembunyi dan yang nyata,yang haram dan halal terutama pertukaran wang asing ialah tangan-tangan rasuah pegawai-pegawai kerajaan dan kurang perhatian yang diberikan oleh pihak keselamatan negara

Apakah ini semua tidak akan berlaku apabila Forest City menjadi bandar China Kaya di Johor???

Najib mahu jadikan Dubai sebagai contoh. Apakah rakyat Malaysia dan orang yang berfikiran waras mahu Malaysia menjadi sebagai Dubai. Adakah Najib tahu berapa persenkah orang Arab sendiri yang mempunyai pekerjaan tetap di Dubai. Orang-orang Arab dari Mesir dicemburui untuk berkerja di Dubai. Dubai adalah hak negara asing,kejayaan orang asing di Dubai ditumpang oleh raja-raja dan orang- orang kaya Arab.

Dalam hal ini kita dapat melihat kecetekan Najib dalam memahami masalah sosial yang telah berlaku di negara-negara maju akibat kemurahan hati kepada warga asing demi untuk kepentingan ekonomi.

Itu sebabnya Amerika Syarikat di bawah Trump dan Russia merasa perlu untuk membendung China dengan membangkitkan semula nationalisme Amerika dan juga mahu bekerjasama untuk mengenakan kawalan ekonomi yang drastik terhadap China.

–¬†http://zamkata.blogspot.my/

.