BEBERAPA SEBAB MAHATHIR BERTANDING DI PUTRAJAYA

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed menghantar isyarat  yang menggerunkan  Barisan Nasional terutamanya wakil Parlimen Putrajaya Tengku Adnan apabila tersebar luas berita beliau  akan bertanding di Putrajaya – kawasan Parlimen  yang merupakan simbol kuasa negara ini.

Walaupun belum disahkan secara rasmi  tetapi berasaskan beberapa sebab yang sangat kuat dan munasabah,beliau tidak ada pilihan lain  lagi selain dari memenuhi tuntutan rakyat dan juga parti dalam hal ini.

Beberapa pihak melihat keputusan ini sebagai strategi yang sesuai dengan imej dan status beliau yang akan memberikan impak besar dalam menggembelingkan dan mendorongkan sentimen nasional untuk memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh beliau.

Pengundi di Putrajaya sendiri tidak dapat memisahkan diri mereka dari terus mengenang Mahathir  sebagai arkitek Putrajaya  yang membendung mereka dengan   semangat   kemasyarakatan dan keugamaan dalam suasana bersih, moden dan persekitran alam yang membanggakan.

Lebih mendekatkan perasaan mereka kepada Mahathir  kerana selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri ,beliau disedari terus berada bersama mereka  dengan  pejabatnya  Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya di Presint 8 dan sekali sekala terlihat berjalan -jalan atau singgah makan di restoran-restoran rakyat  disini.

Sebab-sebab utama yang mendorongkan Mahathir bertanding di Putra Jaya ialah:

@ Putrajaya sebagai   simbol kuasa negara atau  pusat pentadbiran negara akan memberi gambaran  beliau bertanding sebagai calon nasional dan bukan dengan  imej calon kedaerahan atau kenegerian.

@Akan menggugat   jentera Barisan Nasional yang akan terpaksa menumpukan segala kekuatan jentera pilihanrayanya,tokoh-tokoh besar dan  pemimpin-pemimpin  utama ke kawasan Putrajaya untuk mencegah kemenangan  Mahathir

@ Memudahkan tumpuan  tenaga-tenaga penyokong Mahathir dari seluruh negara untuk membantu  Mahathir secara tersusun dan berkesan

@ Kemudahan operasi, komunikasi,koordinasi dan intraksi  media sosial penyokong Mahathir  dalam perancangan dan perlaksanaan strategi disamping  lebih dekat  dengan wartawan-wartawan portal berita bebas yang lebih berpengaruh dari akhbar-akhbar perdana.

Beberapa pihak telah pun menemui dan mendesak Mahathir   bertanding di Putarajaya termasuk penyokong-penyokong beliau dari Langkawi .

“Orang-Orang Kuat”  dari  Langkawi telah memita Mahathir tidak bimbang dengan Langkawi kerana  anaknya Mukhriz adalah  calon yang pasti menang di Langkawi sebagai calon negeri dan parlimen.

Dengan bertanding di Langkawi ,Mukhriz yang menjadi pendorong  kemenangan BN dalam pilihanraya lalu diyakini akan dapat  mendorong  pengundi-pengundi di Kedah untuk menolak muka-muka basi UMNO yang jika tidak kerana Mukhriz BN telahpun hilang kuasa di Kedah.

Matlamat setiap parti yang bertanding adalah untuk merebut Putrajaya dan kehadiran Mahathir sebagai calon disini akan  memberikan penghayatan kepada rakyat di seluruh negara untuk bersama dengan Mahathir dalam pakatan menyisihkan Datuk Seri Najib dari kepimpinan negara.

– zamkata.blogspot.m

.