BEBERAPA “KENAPA” UNTUK PAKATAN HARAPAN

Soal siapa yang akan diangkat menjadi PM masih terus menjadi persoalan dan tidak selesai dalam komponen Pakatan Rakyat. Kenapa? Soal ini sebenarnya tidak penting tetapi ia cukup “memakan” kepala orang ramai. Bila soal ini terus didebatkan ia boleh mengganggu kosentrasi rakyat untuk menyokong PH.

Mulanya nama Dr Mahathir Mohamad sudah dipersetujui untuk diangkat jadi PM manakala nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. Tunggu lagi menunggu saat untuk diistyharkan secara rasmi saja lagi. Semua kelihatan seperti sudah beres.

7 Januari sempena konvensyen PH dicadangkan untuk mengumumkan nama-nama itu. Semua beranggapan ia selesai dan soal siapa PM tidak menjadi masalah lagi.

Apabila PKR tiba-tiba meletakan tiga syarat utama untuk Dr Mahathir jadi PM, ia mula nampak persetujuan (konsensus) dicapai sebelum ini belum kemas dan terlerai semula. Kenapa?

Apakah ada gangguan dalam perkara ini. Kenapa PKR semasa konsensus itu diambil tidak membangkitkan soal syarat yang dikenakan PKR itu. Kenapa setelah saat hendak diumumkan tiba-tiba dikenakan pula “syarat keparat” itu?

Perkembangan yang berlaku ini menunjukkan PKR tidak ada pendirian. Atau pendiriannya sudah digugat oleh elemen lain. Siapakah yang menggugat pendirian awal PKR itu?

Berlangsung satu talk disampaikan oleh Daim Zainuddin di ibu negara baru-baru ini, seakan merubah atau memberi idea baharu kepada orang tertentu dalam PKR untuk menganjak pendirian asal. Antara lain Daim katanya ada menyebut, Malaysia kini perlu dipimpin oleh anak muda, hatta untuk jadi PM pun mesti anak muda. Katanya berkias generasi lama sepertinya adalah generasi “Malaysia Lama” manakala generasi muda sebagai “Malaysia Baru”.

Apakah kenyataan dan istilah diguna Daim itu telah mengganggu pendirian PKR itu, menjadikan sebahagian orang dalam PKR takut (tidak mempercayai ) kepada Dr Mahathir serta terus menganggap Dr Mahathir adalah Malaysia Lama. Malaysia Lama yang kontras dengan aspirasi Malaysia Baru?

Maka kerana takut dan kontradik itu diumumkan tiga syarat. 1. Dr Mahathir hendaklah jadi PM setakat enam bulan sahaja kemudian diganti dengan Anwar. 2. PKR hendaklah bertanding banyak kerusi, 3. Dr Mahathir perlu melaksanakan atau melakukan reform yang diperjuangkan Anwar selama ini.

Syarat-syarat keparat itu tidak penting pun, tetapi ia sengaja dilakukan untuk menganggu penerimaan Dr Mahathir dengan persetujuan awal itu. Syarat itu menjadikan keadaan yang dilihat lendik dalam PH sedikit jadi berkucah semula. Situasi ini sepatutnya tidak patut dibiarkan berlaku kerana ia menganggu pemikiran umum.

Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah kenapa diadakan talk dengan Daim itu. Apakah peranan Daim selama ini untuk membantu Pakatan Harapan secara langsung. Apakah kedudukannya dalam hubungan dengan PH sehingga perlu mendengar talk beliau? Atau pun beliau menyelit masuk kerana ingin menganggu perjalanan Pakatan Harapan? Bukankah Daim antara orang yang tidak akan dimaafi oleh Anwar Ibrahim? Kenapa pula individu tertentu dalam PKR sendiri dapat melupai dosa Daim kepada Anwar?

Yang rewelnya ada pula orang terperasaan dengan cadangan Daim itu, berasaskan dia orang muda mewakili Malaysia Baru yang layak menjadi PM. Siapakah anak muda yang layak diangkat menjadi PM, kerana Dr Mahathir dilihat tua itu. Siapa yang muda? Apakah dia Nurul Izzah Anwar, atau Rafizi Ramli, atau pun Saifuddin Nasution Ismail atau siapa? Di celah itu ada pula orang asing mengambil kesempatan menjual tokoh generasi muda dengan mengatakan si anu layak jadi PM berasaskan pencapainnya dalam pentadbiran?

Tampaknya kalau perubahan persetujuan itu ekoran Daim memberi pandangan itu, Malaysia milik orang muda, maka Daim berperanan untuk menghuruharakan ini. Daim menjadi kuasa baru menentukan hala tuju PH dan menentukan barisan kepimpinannya. Dan apakah kelebihan yang ada kepada Daim. Apakah wang? Keupayaan Daim mengocak kolam PH yang tenang itu menunjukkan Daim masih melaksanakan kerja-keraj senyap dalam diamnya.

Apabila Daim menyebut soal Malaysia Baru dan Malaysia Lama, bermakna dia tidak bersetuju Dr Mahathir diangkat menjadi PM. Itu mesej dan maksudnya. Adapun kenapa kalau Daim tidak bersetuju dengan Dr Mahathir sebab-sebabnya sukar untuk dijelaskan tetapi ia boleh diketahui.

Esok Majlis Presiden akan bermesyuarat untuk memutuskan apakah Konvensyen 7 Januari akan diadakan atau tidak. Mesyuarat itu esok penting kerana dalam konvensyen itu kataknya akan diumumkan secara rasmi Dr Mahathir sebagai bakal PM.

Mereka yang mengharap PH menjadi penyelamat negara berharap supaya mesyuarat Majlis Presiden esok berjalan dengan lancar dan dapat memutuskan soal sama ada perlu atau tidak konvensyen itu diadakan. Paling penting ialah mengenai pengumuman maufakat untuk menamakan Dr Mahathir itu. Majlis presiden kena perhalus perkara ini dengan penuh taakulan.

Jika kata putus mengenai jawatan PM itu tidak dapat dicapai, maka konvensyen itu tidak diperlukan. Pun begitu juga kalau mesyuarat esok bersetuju dengan konsensus sebelum ini tetapi tidak dapat jamin konvensyen akan berjalan dengan tertib lebih baik ia tidak diadakan. Tanpa kensensus yang kemas dan menyeluruh ia boleh membawa konvensyen itu sebagai medan untuk bergasak sesama sendiri dan mendedahkan modal untuk UBN.

Menjelang pilihan raya ini tampaknya rakyat sudah pun bersedia untuk memberi laluan kepada komponen itu mengambil alih dari UBN, ekoran kerosakan dan kebusukan yang dilakukan oleh Najib. Cuma dipihak pemuka pemuka PH sendiri yang masih belum bersiap sedia. Dengan adanya pertikaian soal siapa paling layak menjadi PM itu menjadikan tumpuan rakyat sedikit terganggu.

Kalau dalam Piraum akan datang sekali lagi UBN kekal memerintah kesalahannya bukan lagi kepada rakyat, jangan kata rakyat bodoh atau sanggup makan upah lalu memilih UBN tetapi pemimpin PH yang gagal menuntaskan masalah komponen itulah yang perlu dipertanggungjawabkan.

– http://msomelayu.blogspot.my

.