BAYANGAN TARIKH PRU14 MUNGKIN HELAH NAJIB

SHAH ALAM – PKR tidak menolak berkemungkinan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tarikh PRU14 hanyalah helah BN.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, kaedah digunakan dengan hanya beri bayangan menggambarkan Najib tidak ada keberanian mengumumkan tarikh PRU14 lebih awal.

“Segalanya mungkin berlaku selagi negara berada di bawah pimpinan kerajaan BN.

“Berkemungkinan apa yang diumumkan juga adalah bayangan palsu semata-mata untuk beri satu gambaran kepada semua pihak bahawa masa masih banyak dan tidak perlu kelam-kabut,” katanya, semalam.

Bagaimanapun katanya, jika benar bayangan berkenaan hanya helah, ia sedikit pun tidak menggugat persiapan Pakatan Harapan (Harapan) berdepan PRU14.

“Kita tidak ada masalah sekiranya tarikh PRU14 sama seperti digambarkan atau pada bila-bila masa,” katanya.

– Sinar Harian

.