Bantahan di London terhadap DiCaprio berhubung skandal 1MDB

Sekumpulan aktivis anti-rasuah dari Malaysia, Switzerland dan United Kingdom mengadakan bantahan terhadap bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio di Leceister Square di London, semalam.

Kira-kira 10 aktivis itu mewakili Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Malaysia (C4), Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland dan BERSIH London berhimpun di luar teater Odeon, menunggu ketibaan DiCaprio.

Pelakon yang lantang memperjuangkan isu alam sekitar itu dijadual menghadiri tayangan perdana dokumen mengenai perubahan iklim berjudul “Sebelum Banjir” yang diterbitkan oleh Fisher Stephen.

Kira-kira 1,000 peminat berkumpul di luar teater menunggu ketibaan DiCaprio pada jam 9 malam apabila aktivis kemudiannya membentangkan sepanduk panjang yang tertera gambar bintang Hollywood itu sambil dikelilingi oleh dolar Amerika.

Sepanduk dengan DiCaprio memegang dolar AS itu juga tertera dengan tulisan “Hollywood Actor 1, Pay Back Malaysia’s Stolen Assets!”.

Sambil mengibarkan gambar Datuk Seri Najib Razak, Stanley berkata, perdana menteri telah mengaut berbilion-bilion, dan antara yang mendapat manfaat adalah Leonardo DiCarpio.

“Tidak ada gunanya bercakap tentang perubahan iklim dan alam sekitar. Sila kembalikan wang kami,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Bagaimanapun, aktivis berkenaan tidak berpeluang melihat kelibat pelakon terkenal itu yang dilaporkan menyelinap ke dalam teater melalui pintu belakang yang sekali gus tidak berjumpa dengan peminat yang berkumpul di hadapan teater.

– M’kini

.