Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli UMNO perlu menghimpunkan segala kekuatan, memfokuskan pemikiran dan menzahirkan kebersamaan dengan tidak sesekali memperjudikan masa depan parti, agama, bangsa serta tanah air.

“Dengan tekad yang bulat dan azam yang kuat, saya mahu ahli UMNO bangkit dengan semangat luar biasa bahawa menerusi UMNO kita mempertahankan kedaulatan serta maruah kehidupan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Pahang di sini hari ini.

Hishammuddin turut me­ng­in­gatkan ahli dan pemimpin UMNO supaya merapatkan saf serta mengetepikan kepentingan peribadi dalam perjuangan demi kepentingan rakyat dan negara.

Pada masa sama kata beliau, mereka perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan habis-habisan pemimpin UMNO yang kini menerima serangan daripada segenap penjuru, selain sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk berdepan pilihan raya umum.

“Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya umum, kita sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapinya,” katanya yang disambut tepukan gemuruh peserta konvensyen berkenaan.

UTUSAN

.