BAJU MERAH BERKUMPUL DI PEJABAT MALAYSIAKINI

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan baju merah hari ni berhimpun di hadapan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal itu ditutup.

Demonstrasi yang diketuai oleh  Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos itu ekoran dakwaan portal pro pembangkang itu salah satu syarikat yang menerima dana Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan pedagang matawang Yahudi, George Soros.

2.00 petang: Himpunan bermula.

2.10 petang: Kira-kira 400 peserta himpunan yang mengenakan baju berwarna merah menyanyikan lagu Negaraku.

2.15 petang: Pasukan polis dilihat berkawal ketat. Laluan utama menuju ke pejabat Malaysiakini telah ditutup.

2.20 petang: Mereka juga turut menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ diikuti dengan sorakan.

2.40 petang: Wakil media turut membuat liputan himpunan yang berlangsung petang ini.

 

3.30 petang: Kelihatan Jamal tiba dan menyertai himpunan.

4.00 petang: Berlaku cubaan merempuh pagar oleh peserta himpunan.

4.05 petang: Jamal dan beberapa yang lain masuk ke dalam dan berbincang dengan pihak polis.

SINAR HARIAN

.