Bajet dedak? Kalau bukan bajet rakyat, bajet apa – menteri

KUALA LUMPUR – ‎Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Bajet 2017 adalah bajet yang menyeluruh dan tertumpu kepada kemaslahatan rakyat.

Katanya, Bajet 2017 yang  dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib ‎pada Jumaat lalu,melibatkan masyarakat, dan adalah salah sekiranya mengatakan bajet itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat.

“Kalau tidak bajet rakyat bajet apa?…Bajet 2017 melibatkan masyarakat petani, nelayan, orang kampung, pelajar sekolah , mahasiswa universiti, jadi maknanya samalah dan itu melibatkan rakyat,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan ‎Bajet 2017 adalah bajet BN, bukan bajet rakyat.

Dalam pada itu ‎katanya lagi,Kementerian beliau juga mendapat manfaat daripada bajet 2017.

“Murid dan pelajar sekolah juga mendapat manfaat daripada pembentangan bajet 2017,” katanya.

SINAR HARIAN

.