BAJET 2017 TAK SELESAIKAN MASALAH PEKERJA – ABDULLAH SANI

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan Bajet 2017 yang akan dilaksana tahun depan tidak boleh memberi penyelesaian kepada masalah golongan pekerja.

Ini kerana katanya, kerajaan tidak pernah merangka pelan kecemasan sekiranya kerajaan gagal melaksanakan Bajet 2017 yang dibentang.

“Bajet 2017 tidak dilihat berjaya dalam membela nasib rakyat. Bajet 2017 hanya memberi, memberi dan memberi tapi penyelesaian kepada masalah hidup rakyat itu di mana?” soalnya ketika ditemui Sinar Online.

Katanya kerajaan sepatutnya tampil bersama pelan cadangan yang boleh menyelamatkan ekonomi rakyat.

“Kelebihan pekerja swasta ditidakkan, kakitangan awam pula hanya peroleh imbuhan sebanyak RM500.

“Mana pelan kerajaan yang boleh bantu ekonomi dan sara hidup rakyat secara berterusan?” soalnya lagi.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bertemakan “Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh”.

SINAR HARIAN

.