BAITULMAQDIS IBU NEGARA PALESTIN – PRESIDEN CHINA

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping akhirnya memilih pihak dalam konflik di Asia Barat apabila menggesa penubuhan negara Palestin serta menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Islam itu.

Beliau menyatakan pendirian China itu ketika mengumumkan beberapa pelan pelaburan bernilai ratusan juta dolar di rantau bergolak tersebut.

Ketika mengadakan kunjukan kali ke dua ke Mesir, Jinping berkata, masalah yang dihadapi Palestin tidak perlu diperbesarkan.

Tambah beliau, bagi mengakhiri konflik Palestin-Israel, rundingan perlu disegerakann untuk mencapai perjanjian damai.
“Tugas menjaga kepentingan penduduk Palestin merupakan tanggungjawab Liga Arab dan masyarakat dunia.

“China menyokong proses damai di Asia Barat dan penubuhan negara Palestin dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” kata beliau.

Sebagai tanda sokongan, Jinping mengumumkan bantuan bernilai 50 juta yuan (RM32 juta) untuk projek pembinaan stesen kuasa solar di wilayah Palestin.

– Mstar

.