BAHAYA MAKAN ‘IKAN TRANSGENDER,’ TUKAR HORMON MANUSIA

This photograph taken on May 20, 2017 shows a farmer chopping fresh fish for lunch in the northeastern Thai province of Khon Kaen. Millions of Thais across the rural northeast regularly eat koi pla -- a local dish made of raw fish ground with spices and lime. The pungent meal is quick, cheap and tasty, but it is also a favourite feast for parasites that cause a lethal liver cancer killing up to 20,000 Thais annually. / AFP PHOTO / Lillian SUWANRUMPHA / TO GO WITH Thailand-health-food-drink-social, FEATURE by Sally MAIRS

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Individu yang kerap memakan ikan “transgender,” akibat pencemaran ubat-ubatan, berdepan risiko kecelaruan hormon.

Ikan “transgender” mengalami perubahan jantina akibat pencemaran hidupan air khususnya pembuangan sisa kimia dan ubatan, lapor Kosmo! hari ini.

“Bagi manusia yang memakan ikan yang terdedah kepada perubahan hormon ini, kesannya juga boleh berlaku untuk jangka panjang terutama melibatkan hormon seseorang,” kata seorang pakar pakar genetik dan pembiakbakaan.

Profesor madya Dr Yuzine Esa, yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ikan “transgender” belum dikaji lanjut di negara kita.

Tambahnya, sejak beberapa tahun lalu gejala ini berlaku di negara-negara Barat akibat pencemaran kimia pada ikan.

Seorang lagi ahli akademik berkata perubahan jantina ikan boleh berlaku dalam kolam atau sungai, termasuk haruan, keli, lampam dan terubuk.

“Jika hormon seseorang terganggu, ia akan memberi kesan kepada sistem biologi badan manusia secara keseluruhan,” kata Dr Nadirah Musa, pensyarah bidang ekofisiologi hidupan air Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Akhbar itu memetik kajian profesor Charles Tyler dari Universiti Exeter, England yang mendapati 20 peratus ikan jantan air tawar menunjukkan ciri-ciri ikan betina.

Ikan-ikan ini masih berperilaku seperti jantan tetapi mampu menghasilkan telur.

Namun Dr Yuzine menjelaskan jantina ikan bertukar bukanlah terlalu pelik kepada jenis hermafrodit, seperti terubuk, salmon dan giru, ia berlaku semula jadi.

– Malay mail

.