AZMIN: JUMPA RAKYAT LEBIH PENTING DARIPADA HASIL KAJIAN

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan keutamaan kepada keterlibatan dengan rakyat berbanding keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) kelolaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

“Hanya kaji selidik, tetapi saya fikir keutamaan yang paling penting sekarang adalah semua parti-parti politik untuk turun, mendekati rakyat dan pengundi bagi menjelaskan dasar dan kedudukan kita.

“Kita mesti dilihat dan kita mesti bertindak bersama-sama sebagai kuasa yang kuat untuk menghadapi Umno dan BN,” kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.

Keputusan pilihan raya akan berdasarkan penglibatan mereka dengan rakyat dan pengundi, katanya.

Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.

Apabila ditanya jika rancangan untuk dilihat sebagai lawan yang hebat terhadap BN termasuk kerjasama dengan PAS, Azmin berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi PKR.
“(Kami akan bekerjasama) dengan semua parti-parti politik yang sokong agenda reformasi.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak,” katanya.

– M’kini

.