AZIZAH: KERJASAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU MUAFAKAT MULIA

PETALING JAYA – Kerjasama Pakatan Harapan yang dijalin bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah jalinan muafakat yang mulia, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu, hari ini.

MenurutĀ  Wan Azizah, kerjasama itu dibuat setelah meneliti masalah dan isu semasa yang dihadapi rakyat.

“Kita bertekad sama-sama untuk melaksanakan agenda perjuangkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan peningkatan kuasa veto, peluang pekerjaan semakin terhad, amalan rasuah yang terus berleluasa, pembuangan pekerja akibat kemalapan ekonomi dan penyalahgunaan kuasa yang tidak ada noktah,” katanya dalam sidang media di Merchant Square, di sini, hari ini.

Pihaknya juga bersetuju untuk menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita terbuka dengan idea untuk meneroka kemungkinan memasuki PRU akan datang dengan satu logo dan satu manisfesto pada masa akan datang.

“Kita juga bersedia untuk bersua dengan sedaya upaya menggembleng seluruh potensi di kalangan rakyat dan parti politik, NGO dan individu berpengaruh untuk sama-sama memulakan Malaysia yang lebih baik,” katanya lagi.

– SH

.