AZIZ DAPAT PRODUK BARU UNTUK TARIK PELANCONG KE KELANTAN.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz tentulah sangat gembira dengan langkah Kerajaan Pas Kelantan hendak melaksanakan hukuman sebat dikhalayak ramai terhadap pesalah RUU355 (Tatacara Hukuman Jenayah Syariah2002(Pindaan2017) bila dikuatkuasakan di Kelantan kelak.

Ini akan menjadi product baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia.

Walaupun ini dilaksanakan di Brunei dan Arab Saudi tetapi perlaksanaannya di Malaysia adalah lebih menarik perhatian kerana kedua negara itu bukan negara demokrasi sebaliknya negara pemerintahan beraja.

Pelancong-pelancong bukan Islam yang tidak dapat menyaksikannya di tanah haram Arab Saudi tentulah akan bertumpu ke Malaysia kerana disini tidak ada sekatan.

Langkah ini juga boleh dipromokan oleh Nazri di kalangan negara-negara Arab sebagai usaha membantu memperbaiki imej Arab Saudi yang masih mengekalkan cara hukuman yang tidak bertamadun. Tentunya dengan itu Arab Saudi akan meningkatkan quota bilangan jemaah Haji Malaysia ke Mekah.

Walaupun Brunei melaksanakan hukuman-hukuman Islam yang keras ke atas mereka yang melanggar dosa-dosa besar dalam Islam tetapi Brunei dan Saudi bukanlah negara Islam yang democratic seperti Malaysia yang mahu dikenali sebagai negara pasaran bebas, liberal dan berbilang kaum dan agama yang mendedahkan rakyatnya melihat ketidakadilan undang-undang terutama atas kesalahan jenayah.

Walapun langkah ini akan dilaksanakan hanya di negeri Islam Pas tetapi ia tetap menjejaskan imej Kerajan Barisan Nasional khususnya UMNO kerana diketahui bersubahat dengan Pas bagi melaksanakan hukuman itu. Dunia tentu tertanya bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dogmatik, mundur dan miskin boleh menekan Kerajaan Pusat dibawah pimpinan golongan terpelajar.

Lebih menyedihkan ialah penguatkuasaaan undang-undang ini kelak merupakan pengkhianatan terhadap perjuangan dan asas kemerdekaan negara yang diletakkan oleh pengasas-pengasas UMNO terutama Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang telah membina imej perkongsian kuasa untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bertolransi , harmony,liberal , moden dan demokratik yang setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

– http://zamkata.blogspot.hk/2

.