AZHAR IDRUS: JANGAN AMBIL GAMBAR DI ‘KEDAI ORANG KAFIR’

Penceramah terkenal Azhar Idrus menasihatkan golongan wanita Islam tidak mengambil gambar di kedai foto bukan Islam jika mempunyai pilihan.

“Tapi kita hendak pesan satu, kalau orang perempuan, jangan ambil gambar di kedai orang kafir selama mana ada kedai orang Islam. Jangan, tidak boleh.

“Orang lelaki tiada apa. Gambar kita ini, orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir.

“Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir. Ia macam itu.

“Kita orang lelaki tiada apa. Orang perempuan ini, ia lain, “Arma atu auroton” bukan? Ia banyak jagaan di sisi syarak,” katanya dalam soal jawab di akhbar atas talian PAS Harakahdaily semalam.

Penceramah dari Terengganu yang terkenal dengan kelucuannya itu berkata demikian ketika mengulas isu menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram.

Azhar sebelum itu berkata orang lelaki tidak boleh menyimpan gambar perempuan untuk keseronokan atau memuaskan nafsu.

– M’kini

.