AZALINA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KENYATAAN JELIK

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook “Otai BERSIH” petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, laporan itu dibuat susulan daripada kenyataan pihak berkenaan yang memaparkan gambar beliau, berserta tulisan kapsyen ‘Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya’.

“Laporan polis itu telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 6.00 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelasnya, laporan polis dibuat untuk tujuan keselamatan beliau dan sekaligus menafikan kandungan tersebut.
“Kandungan posting ini adalah palsu dan bersifat jelik,” katanya.

Susulan daripada itu, katanya lagi laporan turut dibuat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pagi ini.

“Laporan-laporan ini bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah guna media sosial,” katanya.

– SH