AUDIT FORENSIK KE ATAS FELDA

BERA – Felda dan anak syarikatnya termasuk Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat khususnya dalam kalangan pihak yang menentang kerajaan apabila menjelang musim pilihan raya umum.
Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, hal demikian kerana Felda dan FGV mempunyai jumlah pengundi yang ramai di seluruh negara.

“Jika syarikat perladangan lain seperti Sime Darby atau IOI Corp Bhd. (IOI Corp), mereka tidak kisah.

“Ini semua berlaku apabila pilihan raya hampir tetapi selepas itu, mereka akan senyap begitu sahaja,” katanya ketika berucap pada Program Sihat dan Jalinan Ukhuwah di Dewan Orang Ramai Felda Rentam, Sebertak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE