APAKAH NAJIB SUDAH LAMA SANGKUT LOCENG DI LEHER ZAHID?

Ketika tirai parlimen penggal ke 13 sudah hendak dilabuhkan tiba-tiba Najib Razak membuat suatu keputusan memeranjatkan, melantik sepupunya Hishamuddin Hussein memegang jawatan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. Pelantikan itu dilihat satu pelantikan berstrategi? Dari sisi lain pemerhati melihat tindakan Najib itu membawa dua pengertian, beliau terdesak atau menunjukkan keberaniannya.

Zahid 19 tahun lalu di rumah Anwar

Najib mungkin terdesak kerana memikirkan kedudukannya kini yang tidak begitu menyenangkan. Maka beliau terpaksa mengambil keputusan itu walaupun ia memberi kesan jiwa kepada Zahid dan penyokongnya. Kenapa?

Kalau bukan kerana kepentingan sesuatu yang terdesak tidak mungkin Najib berbuat begitu kerana ia tentu menyinggung hati kawan baiknya Zahid Hamidi dan para penyokong TPM itu. Namun kerana ada sesuatu lebih besar maka beliau sedia mengorban dan mengenepikan persahabatan, maka Najib terpaksa berbuat begitu. Pelantikan itu suatu perjudian berisiko besar?

Dalam masa sama walaupun apa alasannya, tindakan itu dikira berani. Najib memejam mata untuk meletakkan Hishamuddin sepejabat dengannya dan juga Zahid. Langkah Najib itu seperti meletakkan dua toys di atas katil tidurnya. Teddy Bear dan Kitten. Bagi Zahid tidak ada pilihan lain dalam melihat pelantikan Hishamuddin oleh bosnya itu melain memuji dengan berkata ia sokong dan wajar. Apa lagi bahasa indah yang boleh dilafazkan oleh regu Najib dalam Pemuda Umno itu. Zahid harus berkata begitu walaupun jiwanya remuk.

Kalau dilihat dari sudut pelantikan Hishamuddin itu kerana terdesak, ialah kerana Najib insaf yang keadaannya kini sangat kritikal yang memerlukan kepada suatu jaminan. Pilihan raya akan datang sungguh-sungguh mencemaskan Najib. Dia perlu mendapat mandat bukan sahaja untuk menjana negara tetapi lebih kepada menjaga keselamatan dirinya. Bahkan itu lebih mustahak. Mungkin dalam hisab hitungnya Zahid tidak boleh menjamin atau memilikan rasa tergamak untuk membela dan menyelamatkannya.

Darah Jawa mungkin berlainan haemoglobin dengan darah Bugis? Zahid mungkin dilihat akan berpihak kepada kebenaran dan rakyat jika dia (Zahid) diminta berbuat demikian. Ini menakutkan Najib.

Najib sudah menghitung apa yang berlaku kepadanya kalau tiba-tiba kuasa PM yang dipanggungnya kini hilang. Beliau akan berhadapan dengan naas besar. Kehilangan kuasa akan membahayakan hidupnya. Pemikiran Najib kini menerawang jauh, itulah juga memungkinkan dia mengambil strategi itu.

Maka bagi mengelak itu beliau memerlukan seorang yang boleh dipercayai. Hishamuddin adalah orang terbaik untuk menyediakan pengkalan buatnya. Najib dengan asakan pelbagai pihak dan rakyat kini dapat menghidu akan berlaku “bah” besar dalam negara ini. Justeru untuk tidak lemas dan selamat dia memerlukan lifeboat untuk menyelamatkan dirinya. Hishamuddin ada “lifeboat” itu.

Pemberi inspirasi

Siapakah yang memberi inspirasi kepada Najib agar melantik Hishamuddin itu?  Ada rumours nakal sebelum ini tersebar dan grup whatsap hubungan isteri perdana menteri dengan timbalan tidak begitu ngam. Ini jelas dilihat dalam majlis-majlis tertentu rasmi negara, yang muncul hanya Rosmah Mansor. Hamidah Khamis langsung tidak kelihatan. Alasannya Hamidah sakit. Kalau sekali alasan sakit boleh diterima tetapi kalau lebih tiga kali orang akan tertanya-tanya?

Bertolak dari rumours itu apakah pelantikan Hishamuddin itu kerana ada campur tangan dari mem? Saya tidak mahu mengulas panjang cukup mengatakan nafsu perempuan itu melebihi nafsu lelaki dalam segala hal. Perempuan memiliki 90 nafsu berbanding lelaki 10 sahaja. Kita boleh sama-sama membuat penilaian mengenai hal ini.

Dari sisi lain pula tindakan Najib itu satu tindakan yang berani. Apakah keberanian ini juga kerana terdesak, seperti mana kucing yang dikejar dan menjadi berang bila sudah rapat ke dinding?  Apakah Najib mengalami situasi itu. Kenapa dikatakan begitu, kerana Zahid bukan anak kecil dalam Umno. Pengaruhnya melata dalam Umno. Mereka yang berjiwa Islam dan asal kampung senang dengan Zahid. Apakah realiti ini menjadikan Najib dikejar bayang ketakutan?

Hubungan gelap penuh sentimental value Zahid dengan Anwar Ibrahim juga mesti dalam pemantauan mata-mata Najib. Apakah hubungan ini menyebabkan Najib memperjudikan nasib mengambil strategi melantik sepupunya itu?

Tidak mustahil kalau Zahid menunjukkan belakang, Najib boleh berdepan dengan masalah, termasuk kalah dalam pilhan raya. Ini boleh berlaku kalau Zahid tiba-tiba menyeberang mencari Anwar Ibrahim semula. Tidak mustahil. Jika Zahid mengubah haluan, para pengikutnya dalam Umno juga akan ikut sama berubah, perubahan haluan penyokongnya boleh menyebabkan Najib tertiarap bersama Hishamuddin sendiri. Kemungkinan dan hubungan inilah yang mungkin meresahkan Najib.

Walaupun kini Zahid merasakan dia sudah dikalah di luar gelanggang dan oleh hubungan darah Najib – Hishamuddin, beliau masih ada sisa-sisa senjata kalau dia hendak berlawan dengan Najib. Kalau Zahid seorang pendendam dan betul-betul anak Jawa dia masih boleh bertindak. Orang di belakangnya masih ramai. Mereka yang berjiwa Islam dan mengenali Zahid sebagai pemimpin berakidah menyukainya. Zahid boleh mengumpul kekuatannya.

Mereka yang sudah berdoa siang malam mengharapkan Zahid akan menjadi PM dari golongan marhaen pertama negara akan bersamanya. Mereka sedih atas apa dilakukan Najib itu. Pelantikan atau pembawaan Hishamuddin ke JPM itu simboliknya mahu membuang Zahid. Pembuangan itu pasti akan dirasai sama oleh golongan marhaen yang hasrat mereka diketepikan. Tindakan Najib itu semacam mahu menafikan tokoh marhaen menjejaki bendul Istana. Apakah negara ini kepunyaan golongan bangsawan dan jawatan perdana menteri itu milik anak beranak?

Kesimpulan Zahid masih ada senjata dan kekuatan. Bagi lagi apakah dia tergamak, bersedia atau pun tidak. Kalau Zahid sudah berhasrat ingin pencen awal, tentu dia akan mendiamkan diri dan redha berada di bawah Hishamuddin. Imbuhan dengan melantiknya menjadi Gabenur Melaka, menggantikan Khalil Yaccob bagi saya tidak begitu adil dan memuaskan hatinya. Jawatan itu bukan boleh mendamai jiwa Zahid dan jiwa rakyat marhaen yang mahu melihat PM negara ini dari kelompok mereka.

Pun begitu sebelum membuat tindakan drastik yang sudah dirancang itu — lantik Hishamuddin menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas, Najib sudah tentu membuat perhitungan panjang lebar. Pasti Najib  sudah mengikat Zahid. Sudah ada suatu bentuk tali yang terikat ditubuh Zahid. Tali itu umpama loceng yang disangkut di leher kucing, di mana bila kucing itu bergerak atau berjalan ia akan memberi isyarat kepadanya. Loceng itu menjadikan Najib tahu gerak geri Zahid, manakala Zahid pula asyik dengan bunyi loceng tanpa menyedari yang dia selama ini dicurigai Najib.

Apakah di leher Zahid sudah ada loceng ajaib menyebabkan ia tidak bisa berbuat sesuatu lagi?