APA YANG BETUL UNTUK TUN M?

Menegur dan mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2,600 juta – SALAH.

– Menegur dan mengkritik pembaziran serta kemewahan Najib dan keluarganya – SALAH.

– Menolak pemberian BR1M kepada rakyat dan menganggap ia sebagai suatu bentuk rasuah – SALAH.

– Mendesak Najib berundur berikutan pelbagai kelemahan dan masalah yang dicetuskannya yang jelas merugikan negara – SALAH.

– Mendesak Najib berundur kerana skandal 1MDB dan terdapatnya wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadinya – SALAH.

– Menyifatkan tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri memiliki wang sebanyak RM2,600 juta – SALAH.

– Mendesak Najib berundur kerana bimbang UMNO dan BN kalah pilihanraya akan datang – SALAH.

– Keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib – SALAH.

– Terus menegur dan mengkritik Najib, seiring dengan kedudukannya bukan lagi sebagai ahli UMNO – SALAH.

– Menggerakkan Deklarasi Rakyat melalui kutipan tandatangan untuk menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Najib – SALAH.

– Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi meneruskan usaha menyingkirkan Najib – SALAH.

– Menubuhkan parti BERSATU untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memastikan Najib dapat disingkirkan – SALAH.

– Memohon maaf kepada rakyat berikutan pindaan perlembagaan berkaitan kuasa Agong yang dilakukannya dahulu sehingga terbuka kepada pelbagai tafsiran yang akhirnya membuka ruang kepada Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara – SALAH.

– Bersalam dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim – SALAH.

Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang membina negara ini dengan penuh kehormatan dan sanjungan, tapi kini semakin merasakan detik-detik kehancuran, apa sebenarnya yang BETUL untuk Tun Mahathir lakukan?

Berdiam diri? Tidak peduli? Atau terus memuji-muji Perdana Menteri? – SH