APA AKAN TERJADI JIKA TUN MAHATHIR HADIR DIUPACARA INI

SIAPAKAH YANG AKAN KESIPUAN JIKA BEKAS PERDANA MENTERI TUN DR.MAHATHIR MENGHADIRI ISTIADAT MENANDATANGANI SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGUNG DI ISTANA NEGARA PADA 13 DISEMBER DEPAN- DATUK SERI NAJIB ATAU MAHATHIR?
Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.

Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.
Tentunya pihak keselamatan tidak dapat melarang sesiapapun juga untuk menemui Tun Mahathir di majlis itu.
Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu dari Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu dibuat pada 10 November lalu maklumat pembatalannya dari pihak yang sama pada 13 Disember.

Ini mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri.
Pembatalan itu dibuat setelah Mahathir menjawab akan hadir bukanlah bertujuan untuk memalukan Mahathir tetapi adalah untuk mengelakkan “Kesipuan” yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib jika berlaku pertembungan dengan Mahathir.
Dalam hal ini tidak ada kerugian kepada Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekalipun ada sesiapapun datang menemuinya sebaliknya akan menimbulkan simpati yang lebih tinggi kepadanya kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan telah dilakukan terhadapnya.
Maka itu sebelum meletusnya suasana KESIPUAN di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun timbul anggapan buruk rakyat bahawa “Istana Negara adalah milik Najib dan BN”
Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.
Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.
Ia menjelaskan pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.
Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu , Mahathir berkata:“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti,” katanya.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN”

– http://zamkata.blogspot.my/

.