ANWAR MOHON PERISYTIHARAN TANPA PERKENAAN AGONG SEBAGAI TAK SAH

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu tuntutan undang-undang di Mahkamah Persekutuan memohon untuk tiga pindaan undang-undang sejak tahun 1983 berhubung keperluan mandatori untuk perkenaan Yang di-Pertuan Agong yang telah ditarik balik diisytiharkan sebagai tidak sah kerana melanggar struktur asas perlembagaan persekutuan.

Tindakan Anwar mencabar keperlembagaan perkara itu adalah untuk mencabar Akta Keselamatan Negara (MKN) 2016, yang diluluskan tanpa perkenaan Seri Paduka.

Peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dari firma undang-undang Daim dan Gamany memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Turut hadir ialah presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, dan ketua PKR Johor Hassan Karim.

Dalam permohonan itu, Anwar meminta perisytiharan bahawa Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan), Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan) dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 adalah ultra vires atau bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, kerana parlimen tidak mempunyai hak untuk meluluskan pindaan itu.

Di samping itu, bekas pemimpin pembangkang tersebut juga memohon perisytiharan bahawa Akta MKN 2016 yang diluluskan dengan cara sedemikian diisytiharkan batal dan tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Beliau menamakan kerajaan Malaysia sebagai responden tunggal dalam tindakan itu.

– M’kini

.