‘ANWAR MASIH LAYAK MENYATUKAN PEMBANGKANG’

SUBANG JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin kewibawaan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tinggi dalam memainkan peranan menyatukan pembangkang.

Menurutnya, sekiranya Anwar tidak penting, masakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR itu pada September tahun lalu.

Semalam, ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim, dalam temubual dengan sebuah portal berita dilaporkan berkata hanya Mahathir dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika Anwar masih menjalani hukuman penjara.

Zaid bagaimanapun menafikan dan berkata, beliau tidak pernah berniat mencadangkan Mahathir sebagai ketua de facto pembangkang.

Menurut Wan Azizah, semua itu hanya sekadar pandangan peribadi Zaid.

“Saya fikir Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah jawab dan pemimpin DAP, Gobind Singh telah jawab.

“Kerusi yang banyak dimenangi adalah DAP, PKR dan Amanah. Dan saya adalah ketua pembangkang,” katanya lagi ketika ditemui di sini, hari ini.

Malah, menurut Wan Azizah, pertemuan itu lebih daripada sekadar bertentang mata. Berilah beliau (Anwar) kredit, dan peluang,”katanya.

–¬†http://www.sinarharian.com.my

.