ANWAR: HENTAM MAHATHIR, DAP BUKAN JAWAPANNYA

Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin gagal menyentuh isu melibatkan orang Melayu dan negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menghentam DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan jawapannya,” katanya yang mengakui kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak makin kuat dalam Umno.

Anwar berkata, sebagai presiden Umno, Najib patut membuat pendiriannya, antaranya berkaitan pengurangan tanah rizab Melayu.

Begitu juga dengan isu kenaikan harga barang, inflasi dan isu 1MDB yang tidak dibangkitkan, katanya.

Najib dalam ucapan dasarnya menyifatkan Mahathir sebagai kemuncak penderhakaan.

Beliau juga memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.

– m.malaysiakini.com/news/365209

.