Ancaman bom di Bursa Malaysia, bangunan dikosongkan

Ibu pejabat Bursa Malaysia di Exchange Square, di Kuala Lumpur telah dikosongkan berikutan ancaman bom, menurut Astro Awani.

Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan itu manakala jalan-jalan sekitar juga telah ditutup.

Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Bursa Malaysia Building Management yang mengesahkan menerima ancaman bom pada jam 12.01 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, dagangan saham sesi petang di Bursa Malaysia dilaporkan beroperasi seperti biasa bermula jam 2.30 petang tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia Bhd berkata, pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai ancaman bom itu.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, semua penyewa dan kakitangan dipindahkan manakala Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) diaktifkan.

Menurut Bursa Malaysia, maklumat terkini mengenai status operasinya boleh didapati di laman webnya.

– M’kini

.