Anak Zahid: ‘Ini abahku, tiada suara emas, tapi berani’

Biar apa pun orang kata, bagi Datuk Nurulhidayah, ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap seorang yang istimewa.

Nurulhidayah berkata, bapanya mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi mempunyai prinsip bercakap apa yang beliau percaya.

“Beliau tiada ‘suara emas’ untuk kagumkan mat salih Malaysia,” katanya.

“Tetapi bagi saya, beliau tetap seorang lelaki yang ada gaya, yang cukup berani bercakap dan pertahan apa yang beliau percaya dan buat sehabis baik sebagai timbalan perdana menteri.”

Video ucapan Zahid di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dikongsi meluas di Internet dengan kebanyakan pengguna maya mempersenda penggunaan bahasa Inggerisnya.

Beliau antaranya tidak menyebut perkataan dengan fasih serta merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “presiden”.

– M’kini

.