ANAK TAJUDDIN: NAJIB MINTA SEMUA PIHAK HORMAT INSTITUSI PARLIMEN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen.

Katanya beliau melihat insiden yang berlaku di Parlimen semalam yang melibatkan seorang Anggota Parlimen pembangkang cuba diserang sekumpulan individu adalah satu perkara yang serius.

Najib berkata beliau memandang serius kejadian itu dan sebarang tindakan berunsur keganasan terhadap ahli Dewan Rakyat.

“Kejadian itu sedang disiasat dan saya yakin @PDRMsia akan lengkapkan siasatan secepat mungkin,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah cuba diserang oleh sekumpulan 20 individu sebaik beliau tiba di pekarangan Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam insiden itu dan meminta mereka tampil untuk membantu siasatan.

– Bernama

.