ANAK NAFI USTAZ BOLLYWOOD MENINGGAL DUNIA

SHAH ALAM – Khabar angin mengatakan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharin yang terkenal dengan jolokan ‘Ustaz Bollywood’ meninggal dunia adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh anaknya menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, hari ini.
“Alhamdulillah abah ustaz Haslin Baharin masih hidup sihat sejahtera. Sebarang berita kematian abah adalah satu berita palsu,” kata anaknya yang bernama Huzaifah Ibnu Haslin.
Huzaifah dalam masa sama turut berdoa individu yang menyebar berita palsu berkenaan kematian ayahnya diberi petunjuk oleh ALLAH.

“Semoga mereka yang cerita atau fitnah diberi hidayah oleh ALLAH,” katanya lagi.

Hari ini tular di laman sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp berkenaan dakwaan Ustaz Bollywood yang telah meninggal dunia hari ini.

Dakwaan itu mengatakan Ustaz Bollywood telah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi.

– SH

.