ANAK LEMBU ‘BERKEPALA MANUSIA’ DI INDIA

MUMBAI  – Seekor anak lembu di India dilahirkan dengan kepala haiwan itu menyerupai ciri-ciri seorang manusia di sebuah pusat perlindungan binatang berkenaan di daerah Muzaffarnagar, di negeri Uttar Pradesh, kelmarin.
Mail Online melaporkan, anak lembu itu mempunyai mata, hidung dan telinga menyamai manusia manakala bahagian badan haiwan terbabit mempunyai ciri seperti lembu normal.

Bagaimanapun, lembu itu mati selepas sejam ia dilahirkan.

Berita mengenai ke­la­-
hiran lembu itu meng­gemparkan pendu­duk se­­tem­pat yang berbondong-bon-
dong datang untuk melihat sendiri haiwan terbabit yang dipercayai adalah satu daripada tuhan Hindu.

Menerusi sebuah video yang tular, haiwan yang mati itu disimpan di dalam sebuah bekas kaca ketika orang ramai dilihat memberikan kalungan bunga kepada haiwan terbabit.

Pengurus pusat perlin-dungan lembu itu, Raja Bhaiya Mishra berkata, adalah satu keajaiban anak lembu berkenaan dilahirkan di premis ter-sebut sehingga ribuan pengunjung membanjiri premis ini untuk melihatnya.

Mishra berkata, haiwan itu akan dibakar tiga hari lagi dan sebuah kuil akan dibina untuk haiwan tersebut.

Tambahnya, ibu kepada anak lembu itu diselamatkan daripada sebuah pusat penyembelihan dan dimasukkan ke dalam pusat perlindungan tersebut enam bulan lalu sebelum ia bunting.

Bagaimanapun, pakar haiwan mempunyai pandangan mereka yang berbeza tentang kelahiran itu dan menolak kepercayaan karut mengenai kelahiran haiwan ganjil tersebut.

Seorang doktor ve­terinar kanan di Wildlife SOS India, Dr. Ajay Deshmukh berkata, kelahiran itu merupakan satu kes anomali anatomi.

“Jika gen yang tidak berkembang dengan baik atau terdapat kesilapan, ia akan menyebabkan pelbagai kecacatan struktur dan anomali itu berlaku. Ia mempunyai sebab-sebab saintifik dan penjelasan namun tiada kepercayaan karut di sini,” jelas Deshmukh.

– UTUSAN

.