ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS

Provokasi saya supaya ditutup atau digantung sekolah-sekolah tahfiz berikutan dengan trajidi kematian seorang pelajar Tahfiz dikatakan kerana penderaan telah menghasilkan pandangan yang bernas,konstruktif  dan  berfaedah kepada kerajaan untuk mengawal  pertumbuhannya secara liar sebagai punca kewangan yang besar disamping membetulkan kepincangan pengurusan sekolah-sekolah itu 
Beberapa aspek negatif juga terdedah di atas sikap orang-orang agama yang mahu memejamkan mata kerana penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh” orang kita” ,umpamanya sikap Pengerusi Jabatan Agama Johor Abdul Manaf Abdul Rahman berasaskan kenyataaannya dan juga pengetua madrasah terlibat yang  mahu membersihkan diri ketika polis masih menjalankan siasatan.
 
Semua Ini dapat dilihat dari sekian banyak komen reaksi terhadap tulisan saya itu. Antaranya dari Yaacob dan beberapa komen terpileh yang saya anggap rasional,akademik dan berkualiti  disiarkan di bawah ini untuk perhatian Kementerian Pelajaran dan pihak yang beminat untuk membina kemajuan Islam yang dinamik,progresif dan moden di negara ini.  
 
Ini adalah suatu provokasi dari Zam yang tentunya telah mengumpul maklumat sekian lama mengenai sekolah-sekolah tahfiz di negara ini dan juga sikap negatif jabatan-jabatan agama.Apakah reaksi jabatan ini setakat ini. Mereka hanya diam membisu diatas dosa mereka.
Salam tan sri.
Satu pandangan menongkah arus dari tan sri.
1. Pendidikan yang berasaskan agama adalah oder baru bagi bangsa melayu dan umat islam malaysia.
2. Ibubapa yang menghantar anak mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada ibubapa yang tiada pendidikan dan harta. Ada juga ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berharta.
3. Pendidikan dalam agama bukanlah menjanjikan pekerjaan yang bergaji lumayan. Tetapi ibubapa lebih mengharapkan “celik” agama.
4 kemajuan yang dikecapi oleh negara tidak membimbangkan lagi ibubapa tentang masa depan anak mereka walaupun berpendidikan agama kerana macam-macam kerja halal yang boleh dibuat selepas tamat belajar. Walaupun lebih pada kerja sendiri tanpa makan gaji.
5 peningkatan gejala sosial yang mendorong ibubapa menghantar anak mereka belajar agama. Kerana anak yang soleh dapat membantu mereka dialam bazah. Serta rasa tanggungjawap dalam diri ibubapa.
6. Atas peningkatan permintaan ini, ramai yang menceburi bidang ini dengan menubuhkan tahfiz. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
7. Sekolah agama kerajaan terhad dan perlu mendapat kelayakan tertentu untuk masuk yang tidak dimiliki oleh pelajar ini.
8 sikap orang melayu islam yang amat bermurah hati melakukan amal jariah menjadi pendorong kearah penubuhan tahfiz yang mendatangkan pulangan yang lumayan. Lihat saja di pintu masuk bank, terdapat tong derma untuk tahfiz. Begitu juga yang berjalan kaki berbatu-batu dari pintu ke pintu untuk kutip derma. Pembahagian hasil derma yang tinggi kepada pengutip derma juga merupakan punca lambakan tahfiz.
9 Adalah sesuatu yang amat sensitif untuk kerajaan mengambil tindakan atau kekangan dengan peraturan yang ketat apatah lagi kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sikap diam kerajaan ini adalah satu kelemahan dalam membangunkan kekuatan dan kemajuan anak bangsa.
10 kejadian yang berlaku dijohor memang kes yang terpencil. Tetapi sesuatu tindakan perlu diambil supaya dapat mencegah dari berulang.
11. Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan “tertutup dari dunia luar” akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara negatif bila mereka dah dewasa.

ReplyDelete

Semua pihak perlu ambil iktibar dari kisah ini. Penutupan semua sekolah tahfiz secara terburu2 akan menimbulkan lagi banyak masaalah. Sesetengah sekolah tahfiz ni merangkap rumah kebajikan – ramai ibubapa yg tak mampu tinggalkan anak disana kerana sekolah tahfiz kebanyakannya hidup atas sedekah masyarakat.

Apa yg perlu adalah mesti ada syarat2 wajib sebelum sekolah tahfiz dibenarkan wujud. Nak meniaga warung pun ada undang2 & syarat, tak kanlah nak jaga anak org semudah nak bela ayam itik? Pertama, bangunan tempat tinggal kanak2 ini mesti diluluskan oleh bomba; kedua, pengetua mestilah org yg berkelayakan. Pihak majlis agama mesti ubah fokus – sentiasa buat spot check dan sama2 berusaha meningkatkan taraf & kualiti sekolah tahfiz.

Ibubapa juga perlu berubah. Bukan tugas anak2 untuk memenuhi impian anda yg tak kesampaian; anak2 juga bukan tiket untuk anda masuk syurga secara ekspress. Ibubapa perlu ikhlas, tugas ibubapa adalah menolong anak2 untuk memenuhi potensi mereka sebagai manusia yg berguna.

ReplyDelete

“kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. tindakan drastik menutup semua sekolah tahfiz persendirian bukanlah satu langkah yg bijak. sebaliknya, pemantauan yg lebih khusus dan tindakan pantas pihak2 yg berwajib mestilah dijadikan agenda utama.
langkah2 yg mesti diutamakan boleh disenaraikan seperti berikut:
1) surat permohonan rasmi dr pihak yg ingin membuka sekolah tahfiz kpd kementerian yg berwajib.
2) testimoni, kelayakan, latar belakang barisan2 tenaga pengajar termasuk pengetua dan pekerja2 am sekolah.
3) lokasi, struktur, pengawasan dan keselamatan sekolah.
4) kedudukan kewangan pihak pengurusan sekolah.
5) urusan2 yuran, perbelanjaan dan kos setiap pelajar sepanjang pengajian.mungkin banyak lagi kriteria2 yg tidak boleh dipandang ringan oleh pihak2 yg berwajib yg mesti diteliti dan dipertimbangkan. memandangkan ghairahnya masyarakat Islam dewasa ini yg berlumba2 menghantar anak2 mempelajari dan mendalami Islam, jgnlah ada pihak2 yg mengambil kesempatan menjadikan ugama sbg ruang atau platform utk mengaut keuntungan.

– http://zamkata.blogspot.com.au

.