AMERIKA POTONG BAJET PBB

Selepas mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota baru Israel, Amerika Syarikat kini secara drastik memotong sumbangannya kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara berkaitan bajet PBB itu kini menjadi “fokus utama” pentadbiran AS, kata seorang pegawai pertubuhan dunia yang enggan namanya disebut kepada Bernama.

AS dilapor sebagai penyumbang terbesar kepada PBB.

PBB sebelum ini menolak pengiktirafan Presiden AS Donald Trump bahawa Baitulmuqaddis adalah ibu kota Israel.

Resolusi itu mengulangi fakta bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah wajar dan telah mendapat sokongan luar biasa masyarakat antarabangsa.

– M’kini

.