AMBIGA: ADA ‘PERBICARAAN MINI’ PULA DI MALAYSIA

Datuk S Ambiga mendakwa terdapat cubaan menganiayanya berikutan kes beliau dinamakan sebagai sumber dalam tulisan kontroversi Sarawak Report berkaitan dakwaan PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata serangan terhadapnya daripada PAS, penyokong, sekutu dan media berdasarkan kandungan dua perenggan daripada penyataan pembelaan editor Sarawak Report Rewcastle-Brown amat janggal dan jarang berlaku.

“(Mereka) mahu menjalankan perbicaraan mini atau pendakwaan di Malaysia berdasarkan dua perenggan daripada pembelaan yang menyebut nama saya.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, saya terima serangan bertalu-talu daripada menteri, anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan pihak penuntut (Datuk Seri Hadi Awang).

“Media kerajaan semalam berikan saya liputan tiga muka surat, termasuk muka depan, yang menuntut saya menjelaskan perkara sebenar. Saya malah masuk berita TV#,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadi telah memfailkan saman fitnah di United Kingdom (UK) terhadap Rewcastle-Brow yang berpangkalan di London.

Ambiga berkata, oleh kerana Hadi memulakan prosiding itu di UK, sebarang permohonan maklumat mesti dibuat melalui mahkamah negara itu.

Perbicaraan juga, katanya, jika berlaku akan diadakan di negara itu, bukan Malaysia.

– M’kini

.