AMARAN JANGAN SERANG TABUNG HAJI

TELUK INTAN – “Jangan buat serangan berkaitan Tabung Haji dan ini amaran saya. Demikian kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada beberapa ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan pemberian sumbangan zakat oleh Yayasan Tabung Haji dengan kerjasama Biro Keahlian Daftar Pemilih Umno (BKDP).

Menurut Abdul Azeez, dakwaan beberapa ahli Parlimen pembangkang bahawa Jelajah Ziarah Ramadan Al-Mubarak berkenaan merupakan kepentingan peribadinya adalah tidak benar sama sekali.

“Sumbangan zakat ini melibatkan lebihan duit zakat Tabung Haji dan ditambah dengan wang daripada Umno dan kerajaan yang bukan hanya disumbangkan kepada golongan asnaf malah keluarga yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, warga emas dan pesakit terlantar.

 “Bukti program ini tidak ada kaitan dengan kepentingan peribadi adalah apabila sumbangan ini bukan hanya diberikan kepada penyokong Umno malah separuh daripada penerima adalah daripada parti pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 1,500 penerima sempena Ziarah Ramadan Al Mubarak Yayasan Tabung Haji  dengan kerjasama BKDP, hari ini.

– SH

.