AMANAH SETUJU TIDAK AKAN MENAMAKAN CALON PM

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak akan menamakan calon perdana menteri.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, Amanah mengambil sikap yang sama dengan beliau (Mahathir).

Menurutnya, kita tidak akan ‘menari ikut rentak’ pihak lain kerana ini bukanlah keutamaan kami.

“Yang penting adalah beri keyakinan pada rakyat.

“Dalam Pakatan Harapan, kita ada bekas perdana menteri, bekas menteri, golongan intelektual dan tenaga-tenaga muda yang sentiasa bersedia menjelang PRU nanti,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, situasi kabinet bayangan telah lama pun kita sedia.

Tambahnya, kita dah punya cukup calon. Jadi, kenapa perlu namakan kabinet bayangan ini dengan terburu-buru? Kami percaya pada pandangan Tun Mahathir tentang perkara ini.

“Kenyataan beliau (Tun M) telah disepakati oleh Pakatan Harapan. Untuk menamakan siapa calonnya, kami tidak begitu setuju,” katanya.

Memetik laporan sebuah portal, Tun Mahathir tidak mahu menamakan siapa perdana menteri kerana bimbang akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara pakatan.

Mahathir berkata, perdana menteri mesti dipilih dengan sokongan popular semua (pembangkang) parti, bukan hanya satu parti.

– Sinar Harian

.