AMANAH: JEMING BOLEH MENANG DI KUBU KUAT PAS

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menyatakan keyakinan mereka mampu menang di kubu kuat PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor yang disandang Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, menurutnya, PAS boleh tewas jika berdepan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.

“DUN Panchor ini sesetengah orang kata, kita (AMANAH) tak ada harapan, Datuk Mohd Amar adalah tokoh paling kuat dalam dunia.

“Tetapi kalau saudara Jeming (Hazmi)¬†dicalonkan bertanding di Panchor, saya yakin beliau boleh kalahkan Mohd Amar,” katanya dalam sesi program Hard Talk dan Majlis Kutipan Dana AMANAH Kelantan PRU14 di Bangi, Selangor, malam tadi.

Sebagai rekod, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempertahankan kerusi tersebut sejak 2004. Pada PRU lalu, beliau menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan dengan majoriti 5,036.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata, Hazmi yang dikenalai sebagai Jeming mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh menggunaka pengaruh ayahnya yang aktif dalam PAS sebelum ini.

“Ayah saudara Jeming adalah bekas setiausaha PAS kawasan Pengkalan Chepa, bekas pegawai khas kepada tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), cikgu Hassan belum isytihar masuk AMANAH.

“Tetapi kalau Jeming jadi calon HARAPAN di Panchor, saya yakin cikgu Hassan boleh menggunakan pengaruh beliau di Panchor,” katanya.

Sementara itu, Husam berkata AMANAH Kelantan khususnya akan memberi fokus kepada kerusi-kerusi yang menjadi kubu kuat PAS.

“Saya beritahu rakan-rakan dalam AMANAH, mula-mula saya masuk AMANAH, tumpuan kita bukan kerusi¬†marginal, tugas kita adalah mencari kemenangan di kerusi kubu kuat PAS.

“Antaranya DUN Demit, Pasir Tumbuh, Pasir Pekan, Meranti, dan Panchor,” ujarnya.

– M’kini

.