AMANAH BAGI ‘AMARAN’ KEPADA PM

PADANG SERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjelikkan sehingga boleh menghancurkan proses demokrasi di negara ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tindakan itu bukan saja menyebabkan pelabur-pelabur lebih berwaspada dan enggan melabur, malah boleh mengancam ekonomi negara.

“Bagi Malaysia yang mengamalkan fahaman demokrasi dan raja berperlembagaan, siapa yang dapat majoriti lebih maka merekalah yang akan membentuk kerajaan.

“Umno sendiri pun tak pernah bentuk kerajaan bersendirian, sebaliknya mereka bersama gabungan dengan 12 parti lain,” katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan tidak mungkin dapat membentuk sesebuah kerajaan bersendirian tanpa berada dalam satu gabungan.

“Gabungan itulah yang akan menentukan siapa perdana menteri, timbalan perdana menteri dan siapa menteri kabinetnya.

“Kita yakin kedudukan orang Melayu tidak terjejas langsung, bahkan akan lebih kuat ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya.

– Sinar Harian

.