Terdahulu, Datuk Omar Abdul Hamid (BN – Permatang Berangan) mempersoalkan konsep negeri berkebajikan yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada akan diteruskan atau sebaliknya, susulan Pas dan DAP kini tidak lagi bekerjasama dalam politik.

Pertanyaan berkenaan menyebabkan Muhamad Farid bangun mencelah dan bertanya status Mohd. Salleh kerana menurutnya rakyat negeri ini dan orang luar keliru tentang perkara berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd. Salleh dalam reaksinya hanya menjelaskan konsep negeri berkebajikan merupakan tema Pas Pusat tanpa menjelaskan pendirian kerajaan negeri.

Kedudukan Mohd. Salleh dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga kini menjadi pertikaian selepas DAP memutuskan semua hubungan politik dengan Pas, namun masih mengekalkan Mohd. Salleh dalam blok kerajaan negeri.

– UTUSAN ONLINE

.