AMANAH: 80 KERUSI TAK CUKUP, PAS PERLU TAMBAH LAGI

KUALA LUMPUR –  Amanah menyarankan agar Pas bertanding lebih daripada 80 kerusi parlimen pada PRU14.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika mahu Pas boleh menambah bilangan kerusi bertanding di kawasan DAP.

“Saya rasa Pas kena kotakan janjinya… untuk bertanding 80 kerusi tak cukup tanding la 50 lagi kerusi yang ditandingi DAP sebab mereka pernah berjanji sebelum ini untuk lawan semua,” katanya pada sidang media Amanah, hari ini,

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bahawa parti itu akan bertanding lebih dari 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum nanti.
Malah tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, keputusan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan dan mahu bertanding secara bersendirian menentang BN akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah untuk kekal berkuasa apabila berlakunya pertandingan lebih dari satu lawan satu.

“Rakyat akan terdidik siapa di sebelah sana adalah BN, siapa tidak bersama pakatan Harapan setelah kita berusaha memanggil mereka bersama kita rakyat senang untuk diberitahu Pas ini pro kepada BN,” katanya.

– SH